Thursday, November 10, 2011

Menulis.. melukis dan berkarya merupakan aktiviti pertama dan utama bagi saya sekarang. Sekian lama saya tidak berkarya.. terakhir sekali adalah semasa arwah ibuku masih menjadi dorongan dan sokongan utama saya.. tapi selepas pemergian beliau.. ternyata mata pena serta berus telah ku simpan menjadi barang hiasan di atas rak rumahku.. hehe..

Menulis artikel untuk katalog adalah satu perkara yang baru untuk saya.. namun banyak lagi benda yang harus saya pelajari dalam memperkayakan hasil penulisan secara intelek dan juga terbuka. Penulisan katalog pertama saya adalah untuk sebuah pameran yang menggabungkan 5 artis figura malaysia yang sedang mencatat nama di persara kesenian negara. Gabungan artis tersebut adalah Zulkiflee Zainul, Hishamuddin dan nasarudin ahmad, Rohaizad saari dan juga pelukis veteran Rosli Mat. Kelima-lima artis akan mengadakan satu pameran realist dalam bulan disember 2011 nanti… Harap semua berjalan lancar.. namun masih terlalu banyak perkara yang saya perlu terokai dan dalami demi mencapai cita-cita hendak berkarya kembali.

Apa2pun.. akan ku cuba update seberapa kerap yang boleh.. nantikan..